Assalamualaikum wbt.
Awal mula pertama mula (ayat stendet time jadi Komander Kesatria Kadet Bomba di UiTM Shah Alam)...tujuan aku buat blog ni adalah untuk menceritakan perjalanan hidupku selama terlibat dalam badan beruniform bomba ni.
1) Zaman Sekolah
Time sekolah dulu aku sangat aktif sebagai Pengakap sehingga ke ting.5. Masuk ting.6 aku dah malas aktifkan diri dalam badan berunifrom. Time ting.6 aku pilih PBSM sebagai badan beruniform sekadar melengkapkan keperluan ko-kurikulum yg mewajibkan pelajar join badan beruniform. Sehinggalah satu hari pihak sekolah mengarahkan pelajar2 ting.6 yg boleh berkawad untuk jadi wakil sekolah join perkhemahan kadet bomba peringkat negeri (time tu budak2 yg betul2 kadet bomba dari ting.1 & ting.2 saja). Aku apa lagi terus menawarkan diri untuk join sebab xpernah jadi wakil sekolah sampai peringkat setinggi tu. Kami training selama 2 minggu di Balai Bomba Kunak dengan pendedahan terhadap cara berkawad yang betul serta teknik kawad hos basah dan kering. Alhamdulillah kami mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan kawad kaki.
2) Universiti (UiTM Shah Alam)
Lepas tamat ting.6 aku dapat offer sambung belajar di UiTM Shah Alam dalam bidang Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (senang cerita ukur tanah). Sebagai pelajar baru, kami diwajibkan mengambil Ko-Kurikulum Kesatria Negara untuk semester 1 hingga semester 3. Saya memilih menjadi pelatih Kadet Bomba disebabkan jumlah pelatih untuk kesatria negara Fakulti Senibina sudah terlalu ramai selain jumlah pelajar yang kurang berminat untuk menjadi pelatih bomba. Saya bergiat aktif selama menjadi pelatih bomba sehingga dipilih sebagai Pelatih Terbaik Kadet Bomba untuk pelajar semester 1. Di penghujung semester saya telah dipanggil untuk menyertai Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) selama 2 minggu sebelum dilantik menjadi Komander Kesatria Kadet Bomba. Selama menjadi komander, banyak pendedahan dan ilmu yang saya dapat terutamanya berkaitan dengan kebombaan. Kami, selaku komander bomba banyak menyertai Jurulatih kami yang merupakan Pegawai bomba dari Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam dan Balai Bomba Pelabuhan Klang melakukan rutin mereka sebagai pegawai bomba seperti lawatan pemeriksaan kilang, latihan pengusian bangunan dan sebagainya.
JBPM ( Penguasa Bomba)
Saya mendapat panggilan untuk ujian fizikal pada penghujung tahun 2011. Alhamdulillah aku lulus untuk ujian tersebut dan dipanggil untuk Program Penilaian Individu Bomba (PPIB) di Akademi Bomba Kota Kinabalu. Sekitar bulan ogos keputusan PPIB tersebut dikeluarkan dan sekali lagi aku lulus. Pada bulan September aku dipanggil untuk temuduga bersama 22 orang calon yang lain. Setelah menanti beberapa bulan iaitu pada bulan disember akhirnya result temuduga tersebut keluar. Agak mengecewakan apabila tengok jawapan yang diberikan kerana hanya menjadi calon simpanan. Terpaksa menanti tanpa mengetahui waktu yang sebenar akan ditawarkan jawatan tersebut. Setahun lebih mengharap akan dipanggil namun tiada jawapan. Ketika status calon simpanan hampir mencecah 2 tahun, aku dapat panggilan dari family yang memberitahu ada surat tawaran perlantikan tetap jawatan Penguasa Bomba gred KB41 sampai di rumah.
No comments:
Post a Comment